fbpx

Lans Koperal Mohd. Fadhirul beransur pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada doktor perubatan di HSI ketika melakukan lawatan kebajikan ke atas anggota polis yang cedera parah semalam.

JOHOR BAHRU – Pemandu kereta peronda (MPV) Balai Polis Dato’ Onn yang parah selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau semalam sudah beransur pulih.

Lans Koperal Mohd. Fadhirul Musa, 32, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) semalam dipindahkan ke wad biasa hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil pemeriksaan mendapati anggota polis itu tidak mengalami kecederaan pada organ dalaman.

“Pagi ini anggota kita yang berada di wad ICU semalam sudah dipindahkan ke wad biasa, dia sudah sedarkan diri.

“Dia cedera pada hidung dan bahagian gusi. Doktor pakar buat pemeriksaan, tidak ada kecederaan serius pada organ anggota kita,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi semalam, seorang anggota polis, Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat, 20, maut selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Manakala pemandu MPV, Lans Koperal Mohd. Fadhirul cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi ketika mengejar penjenayah sebelum terbalik. -K ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI