fbpx

Kompaun kerana langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular di Facebook mempersoalkan tindakan polis keluarkan kompaun langgar SOP.

KLANG – Polis menafikan mengeluarkan kompaun tanpa sebab kepada seorang lelaki sebaliknya disebabkan kegagalan individu terbabit mendaftarkan diri menerusi apliksi MySejahtera atau SELangkah di restoran di Taman Klang Jaya, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 44 tahun itu juga tidak mendaftarkan kemasukan menerusi buki semasa restoran itu yang telah ditetapkan dalam prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Katanya, pasukan pemantauan PKPB telah mengeluarkan kompaun terhadap individu berkenaan setelah menjelaskan kesalahannya dalam bentuk yang mudah difahami dan diakui faham dengan menandatangani kompaun.

“Berdasarkan semakan masa (pukul) tercatat pada kompaun adalah berdasarkan masa mengikut jam tangan yang dipakai oleh pasukan petugas dan tidak sama dengan masa dalam aplikasi MySejahtera di telefon bimbit penama.

“Aplikasi MySejahtera adalah aplikasi yang beroperasi mengikut sistem dan masa dalam tetapan sesebuah telefon bimbit ia tidak mengikut masa universal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook berhubung gambar surat kompaun dengan mempersoalkan tindakan polis tersebut dan mendakwa aplikasi MySejahtera tidak tepat hingga menyebabkan dia dikenakan saman RM1,000.

Shamsul Amar memberitahu, tiada sebarang provokasi atau sebarang perasaan tidak puas hati ditunjukkan oleh lelaki it semasa perlaksanaan kompaun dijalankan dan hanya satu kompaun sahaja dikeluarkan pada masa tersebut.

Tambah beliau, semakan juga mendapati individu itu tidak membuat sebarang laporan berhubung pengeluaran kompaun terhadapnya.

Sebaliknya, katanya, sengaja memviralkan fakta yang tidak benar dalam media sosial.

“Mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab berkongsikan kejadian ini dalam media sosial bagi tujuan meraih simpati,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI