fbpx

Gol pertama Hazard selepas setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZARD (kanan) kembali meledak jaringan buat Real selepas kali terakhir melakukannya pada Oktober tahun lalu. – AFP

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane berpuas hati dengan keseluruhan prestasi dipamerkan anak-anak buahnya dalam kemenangan 4-1 ke atas Huesca pada aksi La Liga di Stadium Santiago Bernabeu kelmarin.

Lebih menggembirakan pe­ngendali berusia 48 tahun itu adalah kecemerlangan ditunjukkan Eden Hazard yang berjaya menamatkan penantian lebih daripada setahun untuk menjaringkan gol buat Real sejak kali terakhir melakukannya pada 5 Oktober tahun lalu.

“Kemenangan ini amat pen­ting selepas meraih keputusan kurang memberansangkan sewaktu seri 2-2 dengan Borussia Monchengladbach pada aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.

“Saya juga gembira dengan kejayaan Hazard meledak gol pertamanya musim ini. Kami perlu bersabar sedikit masa lagi kerana kami tahu apa yang dia mampu lakukan apabila kembali mencapai tahap terbaiknya,” kata Zidane.

Jaringan Hazard pada minit ke-40 sekurang-kurangnya me­ngurangkan tekanan dirasai bekas pemain sayap Chelsea itu yang dihimpit beberapa siri kecederaan sejak menyertai Real dengan nilai perpindahan tinggi pada Jun 2019.

Tiga lagi gol Los Blancos dalam perlawanan itu diperoleh menerusi dua jaringan Karim Benzema dan satu daripada Federico Valverde.

Kemenangan itu melonjakkan Real ke tangga pertama liga selepas tujuh perlawanan dengan kelebihan lapan mata ke atas musuh tradisi yang sentiasa menjadi pencabar terkuat mereka, Barcelona.

Ia juga secara tidak langsung menyuntik semangat tambahan kepada barisan pemain Real menjelang perlawanan ketiga peringkat Kumpulan B kempen Liga Juara-Juara menentang jaguh Itali, Inter Milan di Santiago Bernabeu pada Rabu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI