PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini.
Ia dipercayai berhubung kenyataannya yang mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Mujahid diminta hadir beri keterangan pada pukul 5.30 petang ini.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948,” katanya.
Pada Mac lalu, satu laporan polis dibuat ke atas Mujahid dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataan mereka mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan. – K! ONLINE