fbpx

6 pemegang kad UNHCR ditahan nodai remaja 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Enam pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) ditahan semalam susulan memperkosa seorang remaja perempuan.

Kegiatan terkutuk kesemua lelaki itu terbongkar selepas seorang pegawai polis menemui mangsa berusia 15 tahun merayau seorang diri di Taman Komersial Pandan Indah pada pukul 5.30 petang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pegawai berkenaan membawa mangsa ke balai polis berhampiran selepas mengesyaki menjadi mangsa rogol.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa tidak bersekolah dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan sebelum bertindak melarikan diri pada awal tahun lalu.

“Siasatan lanjut mangsa memberitahu dirogol beberapa kali di sekitar Ampang.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, bertindak atas laporan itu, pihak polis menahan enam lelaki warga asing berusia 16 hingga 25 tahun bekerja sebagai buruh.

“Hasil ujian air kencing mendapati dua daripada enam suspek itu positif dadah.

“Kesemua suspek direman 15 hari sehingga 15 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI