fbpx

Yayasan Royal Widad bantu golongan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemegang Amanah Yayasan Royal Widad, Che Mat (kanan) menyampaikan cecair pembasmi kuman kepada Ketua Jabatan Pembedahan Bedah HRPZ II, Datuk Dr. Nik Md. Shukri Nik Yahya.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Dalam memastikan golongan asnaf termasuk pekerja kelab golf di seluruh negara tidak tersisih, Yayasan Royal Widad meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memperuntukkan antara RM15,000 hingga RM20,000 setahun untuk membantu golongan tersebut

Pemegang Amanah Yayasan Royald Widad, Che Mat Che Ismail berkata, pelbagai program CSR dilaksanakan kepada golongan itu melibatkan pelajar, anak yatim dan peniaga yang dibantu daripada segi kewangan atau peralatan kepada peniaga.

“Sejak yayasan ini ditubuhkan lima tahun, golongan asnaf sudah dibantu termasuk di negeri ini, Perak dan Selangor.

“Kita prihatin dengan nasib golongan asnaf dan pekerja kelab golf dalam kalangan B40 yang memerlukan pertolongan mengikut keperluan. Sumbangan itu juga termasuk menerusi kutipan dana melibatkan ahli kelab golf di negara ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Anti Covid-19 di Kelantan Golf And Country Club (KGCC) di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Yayasan Royal Widad turut menyampaikan sumbangan 1,000 cecair pembasmi kuman kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan sumbangan kepada 40 pekerja KGCC.

Ia merupakan sumbangan pertama untuk tahun ini berikutan negara dilanda pandemik Covid-19 dan akan diadakan di Pahang dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Che Mat berkata, Kejohanan Anti Covid-19 itu pertama kali diadakan berikutan pandemik Covid-19 yang turut menekankan prosedur operasi standard (SOP) kepada ahli tersebut sebagai langkah keselamatan umum. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI