fbpx

UMNO kemuka 10 cadangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PETALING JAYA- UMNO mengemukan 10 cadangan menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu pertemuan bersama bersama pemimpin-pemimpin parti itu pagi tadi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan-cadangan itu menyentuh soal realiti kesempitan dan kesusahan rakyat ketika ini termasuk isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), lanjutan moratorium, pembuangan kerja dan penggangguran belia.

“Antara 10 cadangan utama untuk memastikan peningkatan aliran tunai rakyat yang mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kala negara berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19 termasuklah lanjutan tempoh morotarium sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hingga bulan lagi,

“Turut dicadangkan untuk memberi kebenaran untuk pengeluaran Akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM,5000 dan yuran percuma kepada para pelajar Universiti Awam oleh kerana tiada sesi pengajaran dan pembelajaran di kampus Universiti,” katanya menerusi satu hantaran di laman beliau hari ini.

Tambah Asyraf, cadangan lain termasuk bayaran khas sekurang-kurangnya RM500 kepada ibu-bapa bagi meringankan perbelanjaan sesi persekolahan tahun 2021 dan melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara sehingga Disember 2021.

“Sayap UMNO itu turut mahu melonggarkan syarat pinjaman di mana-mana agensi berkaitan untuk peniaga kecil dan sederhana,”katanya.

Bagi menggalakkan syarikat menggajikan graduan dan beliau, Asyraf berkata kerajaan boleh mengemukakan insentif subsidi upah RM600 sebulan selama 12 bulan.

“Meningkatkan geran ‘reskilling’ kepada pekerja sektor pelancongan untuk membantu mendapat pekerjaaan sektor lain dan bayaran khas bulanan kepada penjawat awam barisan hadapan sehingga berakhirnya pendamik Covid-19 atau berada di tahap minimum,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI