fbpx

Terokai potensi besar ternak arnab pedaging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (dua dari kanan) bermesra dengan seekor arnab pedaging yang terdapat di Lembah Arnab Terengganu, Kampung Guntung, Setiu semalam.

SETIU – Penternak terutama dalam kalangan golongan muda diseru untuk meneroka potensi besar dalam penternakan arnab pedaging.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penternakan arnab pedaging tidak memerlukan kos tinggi dan kawasan besar dan lebih mudah dari segi penjagaan.

Beliau berkata, penternakan arnab pedaging juga memberi pulangan lebih cepat kerana haiwan itu sudah matang dan boleh dipasarkan pada usia seawal tiga bulan.

“Induknya pula produktif kerap membiak dengan menghasilkan antara enam hingga 11 ekor anak bagi setiap kelahiran.

“Harga daging arnab di pasaran juga kompetitif,” katanya selepas merasmikan penutup Seminar Potensi Industri Arnab Pedaging dan Fertigasi Moden untuk Usahawan Muda di Peladang Setiu Agro Resort, Kampung Guntung di sini semalam.

Che Abdullah berkata, daging arnab sangat berkhasiat kerana kurang lemak berpotensi besar untuk menjadi sumber protein alternatif selain ayam, lembu, kambing dan ikan.

Beliau berkata, kementeriannya menyokong penuh industri penternakan arnab dengan memberi bantuan kewangan, teknikal dan perubatan kepada penternak menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI