fbpx

Scha Alyahya mengaku hidap masalah panik melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scha Alyahya

PETALING JAYA – Pelakon, Scha Alyahya mengakui dia berdepan masalah anxiety atau kerisauan melampau terutama ketika berada dalam kumpulan yang ramai.

Perkara itu didedahkan isteri kepada pengacara, Awal Ashaari semasa menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh peminat menerusi akaun Instagramnya semalam.

Menurut Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, dia tidak dapat mengesahkan dirinya menghidap penyakit itu, namun mengakui berasa panik dan risau melampau sejak dahulu lagi.

“Apabila bercakap tentang anxiety, ia merupakan satu stigma yang membuatkan orang lain berasa takut,” katanya.

Tambah pelakon yang popular dengan filem Aku Bukan Tomboy itu, sejak dahulu lagi, dia mempunyai perasaan gemuruh dan cepat panik dalam satu-satu perkara.

Bahkan, biarpun dirinya bergelar selebriti yang memerlukannya untuk bertemu ramai pihak, perasaan itu sukar dibendung walaupun dia cuba untuk mengawalnya.

“Saya pernah mencabar diri untuk melawan rasa gemuruh terutama semasa berada di dalam majlis-majlis besar.

“Kerana masalah gemuruh dan panik ini, saya pernah beberapa kali terpaksa memba­talkan janji temu pada saat-saat akhir,” katanya.

Sedar dengan kekurangannya itu, Scha mendakwa dia gemar menghabiskan masanya di rumah dan jarang keluar tanpa sebarang tujuan.

Scha yang kini hamil enam bulan turut berkongsi perkemba­ngan kandungannya yang sema­kin membesar.

Setakat ini, Scha masih belum mengetahui jantina bayi yang dikandungnya kerana kedudukan alat kelamin bayi tersorok walaupun pelakon itu telah dua kali melakukan ujian imbasan.

“Doktor minta saya datang lagi. Selepas mengetahui jantina bayi nanti, saya akan kongsikan kepada semua,” katanya yang tidak kisah dikurniakan anak lelaki atau perempuan untuk cahaya mata keduanya nanti.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI