fbpx

Ronaldo sudah bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO akhirnya sudah boleh beraksi bersama Juventus menentang Spezia malam ini selepas disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19.

LONDON – Pasukan Juventus boleh menurunkan bintang utamanya, Cristiano Ronaldo dalam aksi Serie A menentang Spezia malam ini selepas mengesahkan penyerang itu bebas daripada pandemik Co­vid-19.

Sebelum ini, bintang Portugal itu dikejutkan apabila diuji positif virus pembunuh tersebut dan terpaksa menjalani kuarantin wajib.

Akibat masalah itu, Ro­naldo tidak diturunkan dalam beberapa perlawanan penting sehingga menyaksikan pasukannya itu sekadar seri 2-2 ketika berdepan AS Roma hujung minggu lalu dan tewas 2-0 ketika berdepan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara.

“Ronaldo telah menjalani ujian saringan Covid-19. Keputusan ujian itu negatif dan pemain itu sudah pulih selepas 19 hari.

“Apa yang kita boleh katakan, Ronaldo tidak perlu lagi menjalani pengasingan di rumah,” kata Juventus dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo menegaskan, kehadiran semula Ronaldo bersama pasukannya itu perlu dipantau sebelum dibenarkan turun beraksi.

“Bukan sesuatu yang mudah kerana Ronaldo sudah beberapa hari tidak aktif jadi pemantauan tahap kecergasannya perlu dipantau dari semasa ke semasa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI