fbpx

Pengeluaran wang akaun 1 KWSP ringankan beban pekerja berkemahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengeluaran simpanan akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meringankan bebanan yang sedang di tanggung oleh golongan pekerja berkemahiran.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata, golongan pekerja berkemahiran di sektor perkilangan amat terkesan dengan situasi semasa kerana kekurangan kerja lebih masa yang selama ini menjadi sumber pendapatan sokongan kepada pendapatan tetap.

“Ini lebih memburukkan lagi keadaan apabila ramai dalam kalangan tenaga separuh mahir ke bawah telah kehilangan pekerjaan akibat penutupan dan pengecilan operasi kilang di negara ini.

“Terdapat juga kilang yang melalui proses pemulihan dari kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula menggunakan automasi industri sepenuhnya yang memungkinkan tenaga kerja sedia ada bakal kehilangan pekerjaan mereka tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohammad Rizan, meskipun PKPB menghargai pelaksanaan Pelan Jana Semua Ekonomi Negara, namun hasilnya bukanlah tidak boleh dilihat dalam masa terdekat.

Sebaliknya, ia lebih kepada suatu sokongan sosial untuk menceburi bidang kerjaya baharu atau pun peningkatan kemahiran sedia ada.

“Justeru, kelonggaran pengeluaran wang akaun 1 KWSP setidaknya dapat meringankan bebanan yang sedang ditanggung di samping memberi sedikit motivasi kepada pencarum agar merancang sesuatu untuk kelangsungan kehidupan mereka,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI