fbpx

Pemandu lori SWM maut tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang maut manakala dua cedera selepas lori pengangkut sampah dinaiki terbabas dalam kemalangan berlaku di Sungai Sisek Jalan Kota Tinggi-Bandar Tenggara pagi tadi. - Foto IHSAN BOMBA

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang pemandu lori pengangkut sampah maut selepas kenderaan dinaiki terbabas dalam kemalangan berlaku di Sungai Sisek Jalan Kota Tinggi-Bandar Tenggara pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Jaman Ibrahim, 64, meninggal di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah akibat tersepit.

Ketua Balai Bomba Balai Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Azman Jantan berkata pihaknya menerima makluman kejadian itu pada pukul 11.10 pagi sebelum menghantar 16 anggota ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori pengangkut sampah milik SWM Corp yang dipercayai telah terbabas. Di mana terdapat seorang mangsa iaitu lelaki dewasa ditempat duduk pemandu telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Manakala dua lagi mangsa iaitu lelaki dewasa di tempat duduk sebelah pemandu mengalami cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi dengan menggunakan jentera EMRS BBP Kota Tinggi dan ambulans,”katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 12 tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI