fbpx

Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei zahir kekesalan kematian Irene

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV tempat mangsa kali terakhir dilihat berjalan sebelum diculik seorang lelaki berhampiran kampus di Taiwan.

KUALA LUMPUR- Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia menzahirkan kekesalan terhadap tragedi yang menimpa pelajar Malaysia, Irene Chung yang mati dibunuh di Taiwan pada 28 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan, pejabat itu berkata, pihaknya telah bersemuka dengan keluarga mangsa untuk mengucapkan takziah.

“Pihak pejabat telah membantu keluarga Chung dalam urusan melawat ke Taiwan dengan secepat mungkin dan akan terus menghulurkan bantuan yang diperlukan.

“Hubungan antara rakyat Malaysia dan Taiwan adalah rapat dan mendalam bagai aur dengan tebing, maka kami berharap bahawa semua rakyat Malaysia dan Taiwan akan saling membantu dan menyokong untuk mengharungi peristiwa sedih ini,” katanya di sini hari ini.

Pejabat tersebut turut memaklumkan, kerajaan Taiwan mengambil berat terhadap kes tersebut dan Presiden Tsai Ing-wen juga telah menyampaikan kedukacitaan kepada ahli keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia.

“Beliau menjanjikan siasatan yang menyeluruh untuk memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang.

“Beliau juga menyeru pihak yang berkenaan untuk memberi bantuan sepenuhnya kepada keluarga mangsa dalam semua urusan,” katanya.

Irene Chung, 24, ditemui mati dengan lilitan tali di leher di Alian District pada 28 Oktober lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI