Selepas sehari melancarkan lagu baharu berjudul Reason of My Life pada 25 Oktober lalu, penyanyi Himchan disiasat polis gara-gara memandu bawah pengaruh alkohol.
Bekas anggota kumpulan B.A.P itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan pada pukul 11.30 malam pada 26 Oktober di sebuah jalan berhampiran Dosan-daero, Gangnam.
Dalam kejadian itu, dia melanggar pembahagi jalan. Polis mendapati ujian darahnya mengandungi alkohol tinggi, sekali gus menyebabkan lesen memandunya digantung.