fbpx

Khabib bidas Macron serang Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bertarikh 12 September 2019 menunjukkan Khabib (kanan) mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin (kiri) di bandar Makhachkala, Rusia. – AFP

MOSCOW – Bekas juara dan bintang seni bela diri campuran (MAA) dunia, Khabib Nurmagomedov mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Presiden Pe­rancis, Emmanuel Macron ke­rana mempertahankan penyia­ran karikatur menghina Islam dan Nabi Muhammad kelmarin.

Khabib, 32, yang merupakan salah seorang atlet beragama Islam yang terkenal berharap Mac­ron menerima hukuman berat terhadap tindakannya itu.

“Semoga Tuhan mencacatkan wajah sifat ‘kebinatangan’ ini dan semua pengikut yang menyinggung perasaan lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia atas nama kebebasan bersuara.

“Semoga Tuhan membuka aib mereka di dunia ini dan di akhirat,” kata juara dunia kategori lightweight dan pemegang rekod pertarungan tanpa kalah terba­nyak dalam sejarah UFC, menerusi Instagram.

Khabib turut memuat naik gambar Macron yang diconteng dengan bekas tapak kasut berwarna hitam pada wajahnya di akaun Instagram sendiri dan menerima lebih 1.9 juta tanda suka.

Sementara itu, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pejabat kedutaan Peran­cis di Moscow dengan membawa poster serta karikatur Macron lalu membakarnya sebagai tanda protes.

Sebelum ini, Macron mempertahankan hak kebebasan bersuara dan mengutuk keganasan oleh golongan pelampau selepas insiden pembunuhan seorang guru yang dipenggal kepalanya di Paris, Perancis kerana menunjukkan karikatur menghina Nabi Muhammad kepada sekumpulan murid.

Presiden Perancis itu mempertahankan penyiaran karikatur itu selain mengeluarkan kenya­taan mengenai Islam yang mencetuskan kemarahan masyarakat Muslim di seluruh dunia.

Macron juga berikrar tidak akan berputus asa dalam mempertahankan nilai-nilai Perancis selepas satu kes pembunuhan tiga orang awam di sebuah gere­ja di selatan Perancis, Khamis lalu.

Awal minggu ini, pemimpin wilayah Chechnya, Ramzan Kadyrov menuduh Macron me­lakukan provokasi terhadap umat Islam dan menyamakannya sebagai ‘pengganas’.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, mempertahankan hak kebebasan bersuara tetapi menegaskan ia perlu ada had serta tidak perlu men­yinggung perasaan pihak lain.

“Kita akan sentiasa mempertahankan hak kebebasan bersua­ra. Bagaimanapun, hak kebebasan perlu ada batasan. Kita perlu bertanggungjawab dengan rasa hormat terhadap orang lain,” tegasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI