fbpx

Jaguh MotoGP cari kerja di McDonalds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CRUTHLOW belum pasti masa depannya dalam saingan MotoGP selepas menamatkan kontrak bersama pasukan LCR Honda pada penghujung musim ini.

LONDON – Pelumba Britain, Cal Cruthlow mendedahkan dia akan bekerja di McDonalds selepas masa depannya pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) masih menjadi tanda tanya.

Pelumba LCR Honda tersebut dihimpit masalah kecederaan musim ini dan turut menjalani pembedahan tangan dan buku lali. Akibat masalah itu, pelumba berusia 34 tahun itu sekadar mengakhiri saingan di kedudukan kelapan terbaik di Aragon.

Cruthlow yang sudah bersama pasukan LCR Honda sejak 2015 akan meninggalkan pasukan tersebut akhir musim ini selepas kontraknya tidak disambung dan posisinya telah diambil alih Alex Marquez.

Ketika ini, Crutchlow dikaitkan akan menyertai pasukan Aprilia, namun tampak samar apabila masih belum mengadakan sebarang perbincangan bahkan beberapa nama besar lain seperti Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo turut berada dalam radar pasukan tersebut.

“Pencarian pekerjaan yang saya lakukan berjalan dengan baik. Saya telah pergi ke McDo­nalds minggu lalu. Saya rasa ketika berada di posisi baik, saya sudah melakukan terbaik untuk kekal pada MotoGP.

“Jika meninggalkan saingan MotoGP, saya tidak rasa kecewa kerana saya telah memberikan segala-galanya. Meskipun tidak berjaya meraih gelaran dunia, namun saya amat berpuas hati dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Cruthlow menyertai perlumbaan MotoGP hampir sedekad sejak 2011, namun dia hanya mampu meraih tiga kemenangan Grand Prix iaitu dua pada musim 2016 dan 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI