fbpx

Jadi popular kerana Kak Long Teh Ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Nazirah Sayed Jamaludin

CERITA tentang gadis penjual teh ais, Sharifah Nazirah Sayed Jamaludin, 20, yang ramah me­nyapa pengunjung di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di Alor Setar, Kedah pada tahun 2018 pernah tular di Facebook.

Keramahan anak kelahiran Perak itu yang menegur pengun­jung di gerainya dengan panggilan ‘kakak manis’, ‘abang hensem’ dan ‘abang sado’ mencuit hati orang ramai yang lalu lalang di situ.

Gaya tersendiri Sharifah Nazirah tersebut dirakamkan oleh seorang lagi peniaga di bazar Ramadan berkenaan yang kemudian memuat naik video itu di Facebook sebelum ia menjadi tular.

Rentetan daripada episod berkenaan, dia yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Banting, Sela­ngor popular dengan panggilan Kak Long Teh Ais.

Kosmo! Ahad: Apakah perniagaan pertama yang diceburi?
Sharifah: Saya mula berniaga teh ais di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman pada tahun 2018 dan pada ketika itu, saya hanya membantu bapa saudara sementara me­nunggu untuk melanjutkan pe­ngajian ke politeknik.

Bagaimana boleh terdetik untuk berniaga teh ais?
Saya hanya ingin membantu bapa saudara di samping mencari pendapatan tambahan.

Mungkin ada rasa kekok atau malu?
Saya tidak pernah berasa malu kerana saya suka berniaga

Apakah rahsia bersahaja ketika mempromosikan teh ais?
Semangat dan dorongan daripada keluarga terdekat.

Adakah perlu kelainan dalam menarik pelanggan?
Saya amalkan berniaga de­ngan ikhlas dan manis mulut. Saya gemar tengok ragam pelanggan yang datang membeli.

Apa perasaan selepas video tular di Facebook?
Terharu dan terkejut juga pada ketika itu kerana nama Kak Long Teh Ais Zirahjamal tiba-tiba menjadi tular di laman sosial.

Apa reaksi netizen?
Banyak reaksi positif yang di­terima berbanding negatif.

Apa impian anda?
Menjadi usahawan wanita yang berjaya serta berazam untuk menaikkan taraf ekonomi dan martabat keluarga serta diri sendiri.

Apakah nasihat kepada golongan muda yang masih menganggur?
Saya nasihatkan supaya ja­ngan malu untuk berniaga, insya-Allah pelbagai ruang perniagaan bermula secara kecil-kecilan boleh dijalankan.

Bagaimana anda menjaga diri dalam mengharungi cabaran masa kini?
Memilih kawan yang boleh memberi inspirasi positif kepada kita. Sebagai seorang muslim, solat serta aurat dan adab kita wajib dijaga.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI