PETALING JAYA- Mesyuarat ketua-ketua parti Perikatan Nasional (PN) selesai pukul 2 tadi.
Difahamkan, mesyuarat tersebut menumpukan mengenai persidangan parlimen yang akan bermula esok, selain Bajet 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
“Biasalah sebelum sidang Parlimen, kita akan bermesyuarat” menurut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat di Hotel Hilton sebentar tadi.
Sebelum ini, pemimpin-pemimpin parti PN dilihat memasuki hotel untuk mesyuarat pra-persidangan Parlimen, antaranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi and Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -K! ONLINE