fbpx

Berpantang maut sebelum ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memotong dahan pokok yang tumbang menghempap kereta Honda City yang dinaiki tiga wanita dalam kejadian di Jalan Pulasan, Taman Lian Seng, Kluang hari ini.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Tiga termasuk seorang wanita mengandung berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok akibat kejadian hujan lebat dan ribut di Jalan Pulasan, Taman Lian Seng petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, sebatang pokok setinggi kira-kira 30 meter tumbang dan menghempap kereta jenis Honda City dinaiki tiga wanita terbabit.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pokok tumbang melalui talian MERS999.

“Satu jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai lapan orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Menurut komander operasi, setibanya di lokasi kejadian terdapat tiga mangsa selamat dan dikeluarkan oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, PKO bertindak memotong pokok dengan menggunakan peralatan khas iaitu gergaji rantai sehingga selesai.

“Mangsa adalah dua perempuan umur berusia 30-an yang mengandung dan 25 tahun serta lelaki berumur 30-an selamat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI