fbpx

Bale bukan lagi bintang – Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE seolah-olah sudah hilang kehebatannya selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan buat Spurs sejak berhijrah daripada Real Madrid musim ini. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa Gareth Bale bukan lagi seorang pemain sayap hebat seperti pernah dilakukannya bersama Real Madrid sebelum ini.

Bale, 31, kembali ke Spurs de­ngan jangkaan tinggi berdasarkan prestasi cemerlangnya bersama pasukan itu dari 2007 hingga 2013 dengan 55 gol daripada 203 penampilan sehingga menyaksikan khidmatnya disambar Real tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, bintang Wales itu dilihat bergelut untuk memperagakan aksi terbaiknya apabila masih gagal meledak sebarang gol dalam tiga penampilannya bersama Spurs ketika ini.

Lebih malang, Bale sekadar mampu melakukan dua percubaan ke arah gawang gol Royal Antwerp pada aksi Liga Europa di Bosuilstadiom kelmarin sebelum dia dikeluarkan pada minit ke-58.

“Beritahu saya adakah ada pemain yang masih mampu memberikan prestasi sama seperti tujuh tahun lalu? Mungkin ada tetapi cuma beberapa pemain yang benar-benar istimewa.

“Anda boleh mengambil contoh (Cristiano) Ronaldo serta (Lionel Messi) dan bandingkan mereka dengan tujuh tahun lalu.

“Saya percaya Bale sedang berusaha gigih untuk meningkatkan tahap permainannya. Dia tidak terlepas seminit pun sesi latihan. Saya percaya lama-kelamaan dia akan kembali mendapat rentak terbaiknya,” jelas Mourinho.

Kenyataan itu memberi ba­yangan Mourinho berkemungkinan besar tidak akan menyenaraikan Bale dalam kesebelasan utama skuadnya menghadapi Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI