fbpx

Covid-19: 957 kes dilaporkan, pertambahan dua kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 957 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di seluruh negara sebanyak 32,505 kes, dengan kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 10,036 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu yang dilaporkan melibatkan penularan tempatan sekali gus tiada kes import direkodkan hari ini.

Menurutnya, pada masa sama, sebanyak 972 kes pulih Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya sebanyak 22,220 kes.

“Selain itu, terdapat 97 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini dan jumlah tersebut kekal 249 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, terdapat dua kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Usaha di daerah Klang dan Petaling, Selangor serta Kluster Tembaga di daerah Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI