fbpx

37 individu ingkar SOP Covid-19 dikompaun di Hulu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

HULU TERENGGANU – Seramai 37 individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu Covid-19 telah dikenakan kompaun RM1,000 di daerah ini sejak awal April lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, notis kompaun tersebut dikeluarkan bermula 8 April lalu itu kebanyakannya atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan gagal mematuhi penjarakan sosial.

“Kompaun RM1,000 tersebut dikenakan terhadap 30 individu lelaki dan tujuh wanita berusia dalam lingkungan 15 hingga 45 tahun sejak 8 April lalu.

“Sebanyak 33 kesalahan itu dilakukan di tempat awam manakala selebihnya di premis-premis lain termasuk bank,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, pihaknya tetap memandang serius pematuhan SOP norma baharu walaupun sehingga kini kes positif Covid-19 di daerah ini masih sifar.

Beliau memberitahu, semua anggota polis berpangkat inspektor ke atas mempunyai kelayakan untuk mengeluarkan kompaun secara serta-merta kepada individu yang ingkar SOP Covid-19 berkuatkuasa 7 Oktober lalu.

“Orang ramai diminta sentiasa peka dan berwaspada. Pihak polis tidak akan berkompromi bagi individu ingkar arahan,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI