fbpx

10,979 operasi sanitasi awam dilaksana sejak Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lapan petugas KKM Daerah Barat Daya melakukan proses sanitasi di 10 buah rumah asrama pekerja kilang di Lorong Kolam Ikan, Bayan Lepas baru-baru ini. - Foto AMIR IRSYAD OMAR

PETALING JAYA- Sebanyak 10,979 sanitasi awam merangkumi 137 zon telah dilaksanakan kerajaan di bawah kawalan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 39 operasi sanitasi meliputi 12 zon merah turut dijalankan KPKT semalam.

“Selain 12 zon merah, operasi sanitasi awam tersebut turut diadakan di 10 zon kuning dan empat zon hijau meliputi 11 buah negeri.

“Operasi sanitasi awam berkenaan melibatkan 297 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selain 200 anggota Pihak Berkuasa Tempatan dan 44 petugas daripada agensi lain,” katanya pada sidang akhbar menerusi Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI