fbpx

Warga emas rentung dalam kereta anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung di dalam kereta anaknya dipercayai membunuh diri akibat penyakit mental dihidapi dalam kejadian di Taman Malim Jaya, di sini hari ini.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Seorang lelaki warga emas ditemui rentung di dalam kereta anaknya dipercayai membunuh diri akibat tekanan mental di Taman Malim Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Lai Hee Miow, 65, ditemui rentung di tempat duduk penumpang hadapan oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah yang memadam kebakaran.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, sebelum kejadian anak perempuan mangsa telah pulang ke rumah kira-kira pukul 1.45 petang dan melihat bapanya duduk di dalam kereta tersebut dalam keadaan gembira dan tidak mengesyaki apa-apa.

“Pada pukul kira-kira 2.30 petang semasa ahli keluarga si mati berada di dalam rumah, mereka terdengar suara jiran menjerit ada kebakaran dan melihat orang ramai cuba memadamkan api.

“Ahli keluarga si mati mengesahkan warga emas itu tidak merokok dan tidak mengambil dadah, namun sejak kebelakangan ini mangsa berulang kali memberitahu ingin mati kerana tidak tahan dengan penyakit mental dihidapi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, ahli keluarga turut memaklumkan si mati sedang mendapatkan rawatan mental di Hospital Pantai sejak 2017 dan sepatutnya pemeriksaan lanjut dilakukan pada Jun.

“Mangsa bagaimanapun tidak mahu membuat pemeriksaan dan enggan mengambil ubat mental yang diberikan doktor.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI