fbpx

Terpaksa pulang gara-gara Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL akur tidak dapat meneruskan perlumbaan pusingan terakhir di Madrid kerana terpaksa pulang ke tanah air ekoran kes Covid-19 di Sepanyol.

IMPIAN pelumba motocross negara, Khairul Amirin Yahaya untuk meneruskan perlumbaan pada Kejuaraan Supermoto SM-Road di Madrid, Sepanyol tidak kesampaian selepas negara itu melaksanakan kawalan perintah berkurung sehingga tahun depan.

Khairul, 18, sudah sebulan berada di Sepanyol untuk menyertai latihan dan perlumbaan di sana, namun terpaksa pulang lebih awal gara-gara penularan wabak pandemik Co­vid-19 di negara berkenaan yang bertambah teruk.

“Saya amat kecewa kerana tidak dapat bersaing untuk perlumbaan kali ini iaitu pu­si­ngan terakhir kerana keyakinan saya berada pada tahap terbaik disebabkan saya kini dalam kelompok 10 terbaik.

“Kami sepatutnya balik ke Malaysia pada 16 November ini tetapi terpaksa pulang lebih awal disebabkan keadaan di Sepanyol semakin serius. Kami mengambil keputusan ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

“Kecewa kerana saya sangat yakin dapat menyaingi pelumba-pelumba dalam kelompok hadapan. Saya perlu menerima hakikat bahawa keselamatan lebih penting,” katanya.

Justeru, Khairul bertekad akan menjalani latihan lebih kerap apabila tiba di tanah air agar dapat mempersiapkan diri mengharungi perlumbaan musim depan.

“Terima kasih kepada pasukan Supermotoland Husqvarna yang berpangkalan di Bullas, Murcia kerana membantu dari segi latihan sejak beberapa minggu lepas. Saya tidak sabar untuk memulakan saingan siri perlumbaan baharu bersama mereka,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI