fbpx

Sejuta penduduk Filipina mula dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses pemindahan melibatkan hampir sejuta penduduk mula dijalankan pihak berkuasa Filipina bagi menghadapi Taufan Goni pagi esok. - AFP

MANILA – Kerajaan Filipina mula memindahkan hampir sejuta penduduk daripada kediaman mereka hari ini apabila Taufan Goni sedang menuju ke arah negara itu.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kehadiran angin dan banjir di tahap paling bahaya.

Taufan Goni dijangka melanda Kepulauan Catanduanes pagi esok dengan kelajuan angin mencecah 250 kilometer sejam sebelum melintasi pulau utama di Luzon, lapor jabatan kaji cuaca tempatan.

Taufan Goni muncul seminggu selepas Taufan Molave melanda wilayah kepulauan yang sering terdedah kepada bencana alam itu.

Taufan Molave mengorbankan 22 mangsa dan menenggelamkan kampung di tanah rendah sebelum beralih ke Laut China Selatan dan menuju ke Vietnam.

“Kami akan berhadapan dengan angin kencang yang meningkatkan kemungkinan banjir besar dan kejadian tanah runtuh,” kata jurucakap Majlis Pengurusan Pembendungan Bencana Alam Kebangsaan, Mark Timbal kepada saluran penyiaran tempatan, ABS-CBN.

“Ombak besar dijangka akan berlaku di perairan pantai timur kami. Kami sedang memantau gunung berapi Mayon dan Taal untuk sebarang kemungkinan banjir lumpur terjadi,” katanya.

Ketua Pertahanan Awam, Ricardo Jalad berkata, hampir sejuta penduduk diarahkan meninggalkan rumah mereka di wilayah Bicol termasuk bahagian selatan wilayah Luzon dan Catanduanes.

Pihak berkuasa pada hari ini sibuk menguruskan kenderaan penyelamat, pasukan bantuan kecemasan dan bahan keperluan asas sebagai persiapan menghadapi Taufan Goni.

Angin kencang dan hujan lebat dijangka menjadi punca banjir dan tanah runtuh di kawasan yang memiliki lebih 20 juta penduduk, lapor perkhidmatan kaji cuaca.

Jalad berkata, terdapat juga risiko tinggi kemunculan ombak besar melebihi ketinggian tiga meter di sepanjang perairan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI