fbpx

Rakyat Malaysia di Turki, Greece selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung dengan gempa bumi yang menggegarkan Turki dan Greece, awal pagi tadi.

Kementerian Luar berkata, berdasarkan laporan awal, warga Malaysia yang berada di Izmir, Turki juga selamat.

“Kementerian Luar sedang memantau perkembangan susulan kejadian gempa bumi berskala 7.0 Ritchter di Laut Aegea.

“Gempa bumi tersebut telah menjejaskan bandar Izmir dan Pulau Samos, Greece,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Luar mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan Turki juga Greece atas kehilangan nyawa dan kecederaan akibat bencana tersebut.

Katanya, Malaysia juga menzahirkan soladariti bersama negara-negara tersebut di waktu yang sukar ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai  12 mangsa  terkorban  dan  419 orang  cedera di Turki setakat pukul 1.30 pagi ini (waktu Malaysia) selepas  gempa bumi kuat menggegarkan pantai barat negara itu serta beberapa kawasan di Greece.

Di Greece, pihak berkuasa melaporkan bahawa dua orang meninggal dunia di Pulau Samos, di timur negara itu, menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada  14 orang.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI