fbpx

Pepe ditagih agar lebih ‘menggigit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI kurang konsisten Pepe menyebabkan Arteta buntu untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama Arsenal meskipun menjaringkan gol pada aksi Liga Europa awal pagi semalam.

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta enggan mempertikaikan sumbangan Nicolas Pepe, namun menuntut agar pemain sayap itu menampilkan prestasi yang lebih konsisten selepas ini.

Pepe, 25, dilihat masih bergelut untuk memberikan prestasi terbaik sejak dibeli dengan rekod pembelian termahal The Gunners bernilai £72 juta (RM386.7 juta) daripada Lille pada Ogos tahun lalu.

Meskipun berjaya menjaringkan satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Dundalk pada aksi Liga Europa di Stadium Emirates, namun persembahan dipamerkan bintang Ivory Coast itu masih belum dibanggakan.

“Saya percaya harga perpindahan yang tinggi tidak membebankan Nico (Pepe). Ia lebih kepada prestasi dirinya sendiri sama ada mampu memberikan yang terbaik pada setiap minggu.

“Kami semua bersedia membantu agar dia kembali menemui sentuhan terbaiknya. Dia amat penting kerana gaya permainannya mampu membawa perbezaan dalam setiap perlawanan.

“Apa yang penting, dia perlu konsisten setiap kali beraksi dan mampu memberikan keputusan positif kepada pasukan. Jadi, saya amat berharap untuk melihat prestasi lebih membanggakan selepas ini,” kata Arteta.

Arsenal yang turut meraih dua lagi gol menerusi Eddie Nketiah dan Joe Willock, bakal berdepan tugas lebih mencabar dalam perlawanan seterusnya iaitu Manchester United untuk aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford awal pagi Isnin depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI