fbpx

Parlimen bersidang 26 hari bermula 2 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sidang Parlimen yang lebih menjurus kepada belanjawan 2021 akan dibentangkan bermula 2 November nanti.

Mesyuarat ke-3, penggal ke-3, Parlimen ke-14 itu akan berlangsung selama 26 hari iaitu sehingga 15 Disember depan.

Ini merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia dijadualkan akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November nanti.

Selain itu, antara intipati yang bakal dibincangkan dalam sidang kali ini ialah usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang.

Usul menyatakan kepercayaan penuh dan ikrar kesetiaan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri turut akan dibincangkan semasa sidang itu berlangsung.

Sidang tersebut juga bakal membentangkan Rang Undang-undang (RUU) untuk bacaan kali kedua iaitu RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 dan RUU Racun (Pindaan) 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI