fbpx

Padah ke pusat hiburan untuk hilangkan stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Mahu hilangkan stres dengan mendengar muzik.

Itu antara alasan yang diberikan pengunjung pusat hiburan yang dikompaun dalam tiga serbuan berasingan di Bandar Puteri Puchong malam tadi.

Serbuan bermula pukul 10 malam yang dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang itu mendapati pengunjung dan pemilik pusat hiburan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, seramai 37 individu berusia lingkungan 25 hingga 55 tahun dikenakan dikompaun dalam serbuan tersebut.

Katanya, hasil siasatan premis terbabit beroperasi dengan menggunakan lesen restoran namun menjadikan premis sebagai pusat hiburan.

RAZALI (kanan) memeriksa lesen perniagaan di salah sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri Puchong malam tadi.

Turut ditahan, sembilan warga asing termasuk enam wanita Vietnam yang dipercayai Gadis Pelayan Pelanggan (GRO).

“Tangkapan warga asing disiasat mengikut Seksyen 55B, Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993.

“Bagi 37 individu itu pula disiasat mengikut  Peraturan 3 dan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Menurutnya lagi, operasi seumpama itu dilakukan bagi mendidik masyarakat untuk mematuhi SOP PKPB demi memutuskan rangkaian Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI