fbpx

MPN sokong pengeluaran akaun 1 KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Profesor Negara (MPN) menyokong cadangan pencarum dibenarkan mengeluarkan RM5,000 hingga RM10,000 secara ‘one-off’ daripada akuan 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

MPN dalam satu kenyataan media berkata, cadangan itu sepatutnya diterima kerajaan bagi membantu rakyat yang sedang berhadapan kesulitan akibat wabak Covid-19.

“Betul simpanan KWSP adalah untuk hari tua, tetapi tidak salah jika ia digunakan sedikit oleh rakyat semasa mereka susah.

“Semasa ekonomi pulih pada masa depan, minta mereka meningkatkan semula caruman yang telah dikeluarkan menerusi ‘one-off’ ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, MPN menegaskan, pendekatan negara dalam pembangunan ekonomi seperti pada masa lalu sudah tidak relevan dalam keadaan pandemik Covid-19.

Jelas MPN, pergantungan kepada pelaburan asing tidak lagi boleh menjadi sandaran utama kerana hampir semua negara di dunia terkesan dengan wabak itu.

Menurut MPN, pembuat polisi ekonomi perlu memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan pelaburan dalam negara dan aliran tunai dalam negara bergerak lancar.

Kata MPN, negara memerlukan rakyat mempunyai kuasa beli yang tinggi untuk mengekalkan sektor ekonomi terus berkembang dan pembuangan pekerja dapat diberhentikan.

Tambah MPN, kemudahan tunai amat diperlukan untuk mereka yang terjejas memulakan kembali kegiatan bagi meneruskan kehidupan.

“Kerajaan perlu berjiwa besar dengan meniliti dan memperhalusi setiap cadangan dan idea tanpa mengira latar belakang politik.

“Fenomena luar biasa menuntut polisi dan kebijakan luar biasa. Kepentingan dan kesejahteraan rakyat mesti diutamakan. Itu norma baharu amalan kita,” kata MPN.

MPN seterusnya menerangkan, jumlah pencarum yang mahu mengeluarkan dalam akaun 1 KWSP mungkin kurang berbanding mereka yang mengambil Skim i-Lestari dan jumlah dijangka dikeluarkan bawah RM60 billion.

Kata MPN, KWSP baru-baru ini mengumumkan jumlah aset dilabur mereka sebanyak RM929.64 billion pada 30 Jun 2020 di mana 49.2 peratus pelaburan adalah dalam bentuk bon.

“Jumlah keuntungan yang dilaporkan oleh KWSP bagi tiga bulan Suku ke-2 2020 ialah sebanyak RM15.12 bilion.

“Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, KWSP tidak akan memberi tekanan ke atas pasaran bon tempatan,” kata MPN lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI