fbpx

Guna jengkaut bersihkan pencemaran Sungai Kuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jengkaut yang digunakan dalam pembersihan pencemaran Sungai Kuang, Rawang.

SHAH ALAM – Aktiviti pembersihan pencemaran Sungai Kuang, Rawang dekat sini telah dijalankan oleh pihak kilang memproses plastik di sini hari ini.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pihak kilang menggunakan jengkaut bagi tujuan pembersihan selepas diarahkan oleh LUAS dan Majlis Perbandaran Selayang ( MPS ) .

Katanya, LUAS telah mengeluarkan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122 Enakmen LUAS 1999 kepada pihak berkenaan berkenaan risiko dan ancaman kepada kualiti sumber air.

Sementara MPS telah mengeluarkan Notis Kacau Ganggu untuk tujuan tersebut.

“Pihak kilang masih lagi dalam tindakan pembersihan menggunakan jengkaut sebelum terpaksa dihentikan kerana hujan.

“Pembersihan akan disambung sebaik hujan berhenti setakat pukul 4.30 petang tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut LUAS, pensampelan bau dilakukan di tiga lokasi antaranya berhampiran Keretapi Tanah Melayu Berhad, Kampung Sungai Gombak; Temu, Kuang dan Jambatan Sungai Kundang.

Ujarnya, ban sementara telah dibina LUAS bagi mengelakkan aliran pencemaran terus mengalir ke Hulu Sungai Kuang dan telah meletakkan lima beg activated carbon (AC) di kawasan berhampiran lokasi kebakaran.

“Air Selangor pula telah meletakkan satu tan beg AC di Hulu Sungai Kuang.

“Pemantauan akan diteruskan bagi memastikan tiada pencemaran bau berlaku di Sungai Selangor hingga menyebabkan henti tugas LRA,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kebakaran sebuah kilang memproses plastik di Jalan Kampung Orang Asli Kuang, Rawang di sini mengakibatkan pencemaran Sungai Kuang, malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI