fbpx

Gaya rambut Gong Yoo macam ‘pak cik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GONG YOO

AKTOR Gong Yoo menjadi kegilaan peminat kerana memiliki rupa paras yang kacak. Apa sahaja dipakai lelaki itu pasti akan mendapat perhatian peminat yang jatuh hati dengannya.

Bagaimanapun, baru-baru ini buat pertama kali Gong Yoo mendapat kritikan peminat hanya kerana tampil dengan imej baharu apabila rambutnya sedikit pendek berbanding kebiasaan.

Imej baharu aktor filem Train To Busan itu mengejutkan peminat ketika hadir ke satu sesi taklimat produksi atas talian bagi filem lakonan terbaharunya berjudul Seo Bok.

Gaya dandanan rambut baharunya masih sama seperti biasa.tetapi disebabkan potongannya sedikit pendek, peminat berkata, Gong Yoo kelihatan berbeza.

Ada yang berkata, aktor itu nampak lebih tua seperti seorang pakcik sehingga menenggelamkan imej lelaki kacaknya selama ini.

“Dia nampak seperti pakcik. Gaya rambut sebegini tidak padan dengannya,” tulis seorang peminat.

Malah ada juga peminat bertindak keterlaluan meminta pelakon berusia 41 tahun itu membiarkan rambutnya tumbuh panjang.

“Nampak seperti pakcik? Dia memang pakcik kerana sudah berusia, tetapi Gong Yoo tetap kacak,” tegas seorang peminat yang bengang apabila terdapat komen melampau mengutuk aktor kesayangannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI