fbpx

Elak ditahan PPM, dua lelaki nekad terjun laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peralatan mengebom ikan yang dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dari sebuah bot pam dalam serbuan di laut Tanjung Logong, Pulau Gaya.

KOTA KINABALU – Dua lelaki nekad terjun ke dalam laut sebelum melarikan diri ke belukar bagi mengelak ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam kejadian di laut Tanjung Logong, Pulau Gaya malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul malam itu, dua lelaki berkenaan bertindak demikian selepas dikesan melakukan aktiviti pengeboman ikan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Enturan Anak Lageh berkata, sepasukan anggota termasuk pegawai yang menjalankan Ops Benteng Covid-19 mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan berada di lokasi terbabit.

“Sewaktu pasukan PPM menghampiri dan mengarahkan untuk berhenti, bot pam berkenaan bertindak memecut laju ke arah pesisir pantai Tanjung Logong.

“Dua lelaki berada di dalam bot pam itu kemudiannya dilihat terjun ke laut dan melarikan diri ke dalam belukar berhampiran persisir pantai terbabit,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Enturan berkata, pemeriksaan ke atas bot pam berkenaan menemui beberapa unit peralatan yang lazimnya digunakan dalam aktiviti pengeboman ikan.

Beliau berkata, antaran barang yang dirampas termasuklah satu unit enjin pam, dua botol plastik minuman dipercayai berisi baja amonia.

“Turut ditemui lagi, dua unit detonator yang siap dipasang sumbu, topeng dan lima kilogram ikan pelbagai jenis.

“Semua rampasan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Enturan menyatakan nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM1,481 dan diserahkan kepada Jabatan Perikanan dan disiasat mengikut Seksyen Akta Perikanan 1985.

“PPM Wilayah Empat Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI