fbpx

Dovi mungkin tiada pasukan MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO mungkin tidak beraksi bersama pasukan pengeluar pada Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan. - AFP

LONDON – Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso mungkin tidak beraksi bersama pasukan pengeluar pada Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas bintang Itali itu dikatakan bakal menjadi pelumba uji.

Dovi dikatakan menyertai pasukan Yamaha sebagai pelumba uji. Kali terakhir naib juara tiga kali MotoGP tersebut bersama Yamaha ketika menyertai pasukan Tech 3 pada musim 2012 dan meraih enam podium bersama jentera M1.

Meskipun Dovi dikatakan dalam radar untuk menyertai pasukan Aprilia bergandingan dengan Aleix Espargaro musim depan, namun Dovi dikatakan tidak berminat untuk menyertai pasukan tersebut.

Baru-baru ini, Dovi mengesahkan bahawa dia melakukan perbincangan dengan beberapa pasukan pengeluar mengenai pelumba ujian sekiranya dia tidak meneruskan perlumbaan MotoGP musim depan.

Yamaha, Honda dan KTM dikatakan telah menghubungi pengurus Dovi, Simone ­Battistella mengenai pelumba uji musim 2021 nanti.

“Apa yang Dovi mahukan adalah mahu meneruskan perlumbaan MotoGP, namun dalam kategori berbeza. Kami akan membuat keputusan akhir minggu ini,” katanya.

KTM membawa masuk Dani Pedrosa selaku pelumba uji dan kehadiran bekas pelumba Honda itu berjaya meletakkan KTM menjuarai dua perlumbaan Grand Prix musim ini.

Justeru, KTM yakin jika terdapat dua pelumba berpengalaman tiada mustahil mereka dapat mengembangkan jentera buatan Austria itu pada tahap yang lebih baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI