fbpx

DBX, SUV pertama Aston Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASTON MARTIN DBX merupakan SUV yang tidak berkongsi platform dengan mana-mana model lain.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan kenderaan utiliti sukan (SUV) sangat mendapat tempat dalam kalangan pengguna di dunia.

Tidak mustahil kebanyakan pengeluar kenderaan berusaha untuk menghasilkan SUV mereka sendiri bagi memastikan jenama mereka tidak ketinggalan.

Mungkin trend pembeli yang lebih yakin menggunakan SUV berbanding kereta. Jika tidak, mustahil permintaan SUV meningkat. Andaian penulis, mereka mungkin menyasarkan golongan ‘setia’ kepada jenama.

Jenama-jenama kenderaan mewah juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan SUV sendiri. Antaranya Rolls-Royce Cullinan, Lamborghini Urus, Porsche Cayenne, Maserati Levante, Bentley Bentayga dan Aston Martin DBX.

Aston Martin Kuala Lumpur secara rasmi memperkenalkan DBX untuk pasaran di Malaysia pada 7 Oktober lalu.

SUV pertama daripada jenama kereta sport mewah itu masih mengekalkan imej premium di samping ciri-ciri sport dengan pemanduan dinamik.

Pertama kali melihat DBX daripada sudut hadapan, kita sudah tahu model ini adalah Aston Martin kerana imej gril besar itu seperti sudah sinonim dengan jenama berkenaan.

Lampu hadapan jenis Bi-Led dengan lampu nyalaan siang, manakala lampu belakang jenis LED dengan rekaan premium.

Dari sebelah sisi pula, SUV ini nampak mantap dengan garisan badan dengan gaya Aston Martin ditambah corong angin di bahagian hadapan. Imejnya dilengkapkan dengan rim standard bersaiz 22 inci.

SEKALI pandang papan pemuka model ini kelihatan ringkas tetapi mewah.

Untuk bahagian belakang, mungkin sesetengah orang akan berasa pelik, tetapi bagi penulis, rekaan boot seperti center spoiler itu ada gaya tersediri.

Ia nampak lebih premium dengan kehadiran automatik tailgate yang membolehkan boot dibuka dengan menekan butang atau menggunakan kaki di bawah bampar.

Setiap rekaan yahg dibuat mesti ada sebab tersendiri. Salah satunya untuk faktor aerodinamik, tambahan pula kelajuan maksimum SUV ini mampu mencecah 291 kilometer sejam (kmj).

Aston Martin DBX menggunakan enjin V8 4.0 liter liter turbo berkembar dan transmisi sembilan kelajuan automatik.

Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 550PS dan tork maksimum 700Nm ketika diperlukan.

Sistem pacuan semua roda dengan differential aktif dan Limited-Slip Differential (LSD) eDiff mampu memberikan kadar pecutan daripada pegun hingga 100 kmj hanya dalam masa 4.5 saat.

Penulis juga difahamkan, platform DBX dibina khas untuk SUV tanpa berkongsi dengan mana-mana model lain, selari dengan watak yang dibawa oleh DBX, SUV mewah dengan jiwa kereta sport.

Apa yang menarik, SUV ini ditawarkan dengan sistem triple volume air suspension dan sistem anti roll control elektrik (eARC) 48V.

Fungsi dengan adaptive damper elektronik itu mampu untuk mengawal tinggi kepada 45 milimeter (mm) dan rendah 50 mm.

Ciri-ciri ini sangat membantu pemandu melalui apa sahaja laluan dan bentuk muka bumi.

Bahagian dalaman

Masuk ke bahagian dalaman, skrin sesentuh bersaiz 10.25 inci dengan aplikasi Apple Car Play menanti pemandu untuk memudahkan akses kepada informasi.

Kenderaan ini turut dilengkapi dengan paparan skrin kluster 12.3 inci untuk paparan pelbagai maklumat pemanduan serta kamera 360 darjah bagi kemudahan pengguna memandu dengan lebih tenang.

Pada konsol tengah yang kelihatan seperti terapung pula terletak butang-butang kawalan dalam susunan yang mudah untuk disentuh.

Suasana mewah pada SUV Aston Martin ini dilengkapkan dengan kehadiran bumbung panorama.

 

METER kluster digital 12.3 inci yang akan memaparkan pelbagai maklumat DBX.

Penggunaan bahan-bahan premium seperti kulit mewah, kaca, besi dan kayu memberikan imej mewah yang jelas pada model ini.

Pakej tempat duduk kereta sport bagi pemandu dan penumpang hadapan bukan sahaja ranggi, malah memberi keselesaan untuk perjalanan jauh.

Tempat duduk pemandu boleh dilaraskan secara elektronik dengan 16 cara. Ruang kargo Aston Martin DBX bersaiz 632 liter, tempat duduk di bahagian belakang juga boleh direbahkan.

Kereta ini juga mengutamakan ciri-ciri keselamatan seperti adaptive cruise control, forward collision warning, brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki, traffic sign recognition, auto high beam assist.

Selain itu, ciri amaran titik buta, amaran tukar lorong, lane departure warning, rear cross traffic detection dan driver attention warning turut ada pada Aston Martin DBX.
Aston Martin DBX dijual pada harga bermula daripada RM818,000. Harga tidak termasuk duti, cukai dan insurans.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI