fbpx

APMM usir bot nelayan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan Indonesia yang diusir APMM ketika menceroboh perairan negara kelmarin. - Foto IHSAM APMM.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak mengusir sebuah bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di sekitar 20.8 batu nautika barat laut Pulau Jarak kelmarin.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kehadiran bot nelayan tradisional Indonesia itu dikesan oleh pesawat udara Maritim Malaysia AS365 N3 pada pukul 1.56 tengah hari semasa rondaan dan pemantauan udara Op Benteng di perairan Selat Melaka.

“Maklumat pengesanan telah disampaikan kepada Kapal Maritim (KM) Gagah yang juga dalam tugasan Op Benteng di Sektor 4 dan terus menghala ke lokasi bagi melakukan pengusiran secara membayangi (shadowing) bot nelayan Indonesia itu keluar dari perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, APMM akan terus meningkatkan pemantauan dan memperkukuh sempadan perairan negara khususnya melalui Op Benteng Laut dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan.

Beliau meminta orang awam dan komuniti maritim sama-sama bertanggungjawab dan bekerjasama membanteras aktiviti jenayah dan kemasukan PATI dengan menyalurkan maklumat yang membabitkan tekong, ejen serta tali barut ke talian bebas tol 011- 6251 1123 atau talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak 05-6838737.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI