fbpx

70 pekerja Nepal jalani saringan kedua Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pati

BALIK PULAU – Kira-kira 70 penghuni asrama kilang lelaki di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini yang diperintah kuarantin mulai Isnin lalu diarah menjalani saringan kedua Covid-19 hari ini.

Kesemua pekerja warga Nepal itu dibawa ke Klinik Kesihatan Bayan Baru dengan menaiki sebuah bas kilang sambil diiringi kenderaan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) Daerah Barat Daya kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pekerja terbabit terlibat dengan kes Kluster Bayan apabila mereka dikatakan menjadi kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19 iaitu rakan sekerja.

Selain itu, difahamkan seramai 122 lagi pekerja wanita warga Indonesia yang tinggal berdekatan asrama lelaki tersebut turut dikuarantin dan masih menunggu arahan untuk disaring kali kedua.

Setakat semalam, Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 39 kes baharu wabak itu dengan masing-masing membabitkan Kluster Bayan, Penjara Reman dan Alma.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya sekali lagi menyeru kepada semua penduduk agar tidak panik dengan perkembangan kes penularan pandemik Covid-19 di kawasan itu semalam.

Menurutnya, sebanyak empat lokasi di kawasan Bayan Lepas bersangkut dengan kes Kluster Bayan manakala tiga lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung.

“Lokasi terbabit adalah di Pangsapuri Kejora Bukit Belah, Pangsapuri Bayu Tiara ,Flat Mutiara Perdana 2 dan Idaman Selasih Taman Sungai Ara manakala Flat Pusat Bayan, Pangsapuri Desa Bayan dan Suria Merbah di DUN Batu Maung juga terletak berhampiran dengan DUN Bayan Lepas.

“Mohon semua penduduk mengambil langkah-langkah tambahan disamping mematuhi prosidur operasi standard (SOP) yang telah diterapkan sebelum ini,” katanya di sini.

Terdahulu, beliau telah mengedarkan sebanyak 8,000 helai pelitup muka dan 40 botol cecair pencuci tangan kepada penduduk di kediaman terjejas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI