fbpx

3 premis JPN Negeri Sembilan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga premis Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan terpaksa ditutup akibat terdapat jangkitan wabak Covid-19 yang melibatkan beberapa orang pegawai dan anggota jabatan tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, tiga premis tersebut adalah termasuk Sektor Pembelajaran dan Unit Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Rahang.

“Dua lagi premis adalah Unit Pambangunan Bakat Murid dan Sektor Pendidikan Islam di Kompleks Ko-kurikulum serta Pusat Ko-kurikulum Kem Hassan Basri di Batu Kikir, Kuala Pilah.

“Ke semua premis tersebut ditutup bermula 30 Oktober sehingga 12 November 2020,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, keselamatan warga KPM dan pelanggannya adalah sentiasa menjadi keutamaan, sehubungan itu segala urusan yang melibatkan orang awam adalah dihentikan sepanjang tempoh penutupan ini.

“Segala kesulitan yang timbul dari penutupan ini adalah dikesali,” jelas kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI