fbpx

14 maut, 400 cedera gempa di Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKARELAWAN membantu mengalihkan serpihan ketika mencari mangsa terselamat di bawah runtuhan sebuah bangunan di bandar Izmir. – AFP

 

ISTANBUL – Seramai  12 mangsa  terkorban  dan  419 orang  cedera di Turki setakat pukul 1.30  pagi ini  (waktu Malaysia) selepas  gempa   bumi kuat menggegarkan  pantai barat negara itu serta beberapa kawasan di Greece, kata agensi bantuan Turki.

Di Greece, pihak berkuasa melaporkan  bahawa dua orang meninggal dunia di Pulau Samos, di timur negara itu, menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada  14 orang.

Dalam perkembangan berkaitan, anggota-anggota penyelamat menggali di celah-celah blok konkrit dengan tangan mereka pagi ini dalam usaha terdesak untuk mencari mangsa terselamat.

Sebahagian besar kerosakan berlaku di bandar peranginan Izmir yang menghadap Laut Aegean.  Bandar didiami oleh tiga juta penduduk  itu dipenuhi bangunan tinggi blok apartmen.

“Sebanyak  20 bangunan runtuh dan pasukan penyelamat memberi tumpuan untuk mengeluarkan mangsa daripada 17 bangunan tersebut,” kata Datuk Bandar Izmir, Tunc Soyer kepada saluran berita CNN Turk.

Menurutnya, berdasarkan kemusnahan besar  yang berlaku  angka korban dijangka terus meningkat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI