fbpx

TEMCO: PPK Kuala Langat salur bantuan kepada penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (kiri) sedang memberi taklimat kepada petugas bagi memenuhi pesanan barangan sumbangan kerajaan negeri Selangor kepada 400 penerima di Jalan 31 dan 32, Taman Sungai Emas, Kuala Langat. - Foto oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT- Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bakal menghantar bantuan 22 barangan keperluan kepada 400 keluarga di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (Temco) di Jalan 31 dan 32, Taman Sungai Emas di sini lewat petang ini.

Pengerusinya, Dr.Abdul Razak Khasbullah berkata, penghantaran tersebut adalah bagi memenuhi permintaan kerajaan negeri dalam meringankan beban kepada penduduk terlibat.

“Antara barangan keperluan tersebut seperti beras, gula, minyak masak, telur, kicap, bihun dan lain-lain kepada ketua keluarga sahaja.

“Penyerahan akan dilakukan lewat petang ini dengan bantuan tersebut secara sekali sahaja (one-off),” katanya ketika ditemui Pusat Pengumpulan Hasil Ladang Jalan Waja Teluk Panglima Garang hari ini.

Temco di Jalan 31 dan 32 itu melibatkan 1,300 penduduk dengan mempunyai keluasan 5.9 hektar bermula 28 sehingga 10 November depan.

Sementara itu Pengurus Besar Lembaga PPK Kuala Langat, Shakran Shamsuddin ketika diminta mengulas mengenai penjualan di kawasan Temco itu memberitahu, sebanyak 50 peratus barangan keperluan yang disediakan telah terjual bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

“Penduduk kawasan tersebut mengambil kesempatan membeli barang keperluan makanan untuk bekalan isi rumah dengan setiap bungkusan berharga RM2,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI