fbpx

Tawaran diskaun tambang KTM Antara Bandar dan ETS dilanjutkan sehingga 16 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tawaran diskaun tambang bagi KTM Antarabandar dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dilanjutkan sehingga 16 November ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, lanjutan tawaran diskaun itu sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai penumpang untuk menikmati manfaat berkenaan.

Beliau berkata, tawaran diskaun sehingga 16 November itu diberikan tambahan selama seminggu selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang tamat pada 9 November ini.

“Susulan pelaksanaan dan pelanjutan PKPB sehingga 9 November ini, tawaran diskaun oleh KTMB untuk meringankan beban pengguna pengangkutan awam kurang mencapai objektif secara menyeluruh.

“Saya meminta Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Kamarulzaman Zainal untuk mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan orang awam.

“Justeru, saya telah pun mengarahkan pihak KTMB agar melanjutkan tawaran diskaun ini sehingga 16 November supaya lebih ramai penumpang dapat menikmati manfaat ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Katanya, kementerian sentiasa mendengar suara rakyat dan prihatin serta komited dalam membantu meringankan beban pengguna pengangkutan awam khususnya semasa waktu sukar akibat pandemik Covid-19.

Kamarulzaman dalam kenyataan akhbar sebelum ini memaklumkan, pihaknya menawarkan diskaun tambang sehingga 50 peratus untuk ETS dan KTM Antarabandar mulai 27 Oktober lalu hingga 9 November ini.

Menurutnya, tawaran diskaun itu adalah bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada membabitkan enam perkhidmatan ETS dan lapan KTM Antarabandar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI