fbpx

Suspek ragut patah kaki jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ragut ditahan orang awam di Seri Kembangan, Selangor petang tadi.

SERDANG – Suspek ragut tidak sempat joli hasilnya ekoran terjatuh dalam longkang sebaik meragut seorang wanita di hadapan sebuah kedai minuman di Seri Kembangan di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, suspek patah kaki selain mengalami pendarahan pada kepala akibat kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, mangsa menjerit meminta bantuan orang awam sebaik diragut dan ketika itu suspek bertindak memecutkan motosikalnya sebelum hilang kawalan dan terjatuh ke dalam longkang.

Katanya, longkang itu tidak jauh dari lokasi suspek meragut mangsa.

“Susulan itu, suspek ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui beberapa buah telefon bimbit dipercayai hasil kegiatan jenayah dan beberapa peket dadah dalam milikannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau.

“Suspek kini ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut susulan patah kaki dan mengalami pendarahan pada kepala,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI