fbpx

Nad Zainal hamil anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD mengumumkan berita gembira tersebut dalam satu hantaran menerusi Instagramnya sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nad Zainal mengumumkan kehamilan anak kedua yang kini sudah memasuki usia empat bulan.

Berita tersebut dikongsi Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, menerusi satu hantaran dalam Instagramnya hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, Nad turut memuat naik beberapa keping yang menunjukkan ‘baby bump’nya.

Tulisnya dalam perkongsian tersebut, anak sulungnya iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq  atau Yem bakal menjadi Abang Long tidak lama lagi.

Usia kandungannya kini sudah memasuki empat bulan.

“Bismillahirrahmanirrahim. Perjalanan sembilan bulan saya sudah bermula.Yem nak jadi Abang Long.

“Tahun 2021 bukan lagi bertiga tetapi bakal berempat,” katanya.

Pelakon yang kini popular menerusi drama Hati Yang Tersakiti itu turut memohon doa agar perjalanan kehamilan keduanya itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah, doakan perjalanan kali kedua ini semudah yang pertama,” tulisnya.

Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berumur empat tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI