fbpx

Morata, Juventus bernasib malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA (kiri) meraikan jaringannya yang kemudian dibatalkan sebab ofside ketika Juventus tewas 0-2 kepada Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara ­­­di Stadium Allianz awal pagi semalam.

TURIN – Tuah ternyata tidak memihak kepada Alvaro Morata apabila kesemua tiga jaringannya dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid sekali gus gagal membantu Juventus yang tewas 0-2 kepada Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Lebih malang, The Old Lady yang beraksi tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo terpaksa menamatkan perlawanan di Stadium Juventus itu dengan 10 pemain selepas Merih Demiral dilayangkan kad merah pada minit ke-85.

Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo menyifatkan prestasi hambar ketika ini disebabkan beliau tidak mempunyai pemain cukup sehingga menyaksikan skuad bimbingannya baru memenangi tiga daripada tujuh perlawanan sahaja dalam semua kejohanan musim ini.

“Saya perlukan lebih ramai pemain secepat mungkin kerana saya tidak mempunyai banyak pilihan ketika ini. Bukan itu sahaja, saya juga terpaksa menggunakan kebanyakan pemain yang sama bermain 90 minit permainan sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

“Lebih mengecewakan apabila kami terpaksa bermain dengan 10 orang ketika sedang berusaha dapatkan gol penyamaan. Percubaan kami terhenti selepas Barcelona dapat gol kedua dalam masa kecederaan,” katanya.

Dua gol Barcelona diperoleh menerusi jaringan Ousmane Dembele dalam separuh masa pertama sebelum Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-91.

Kekalahan itu menyaksikan Juventus berada di tangga kedua Kumpulan G dengan tiga mata selepas dua lagi pasukan iaitu kelab Hungary, Ferencvaros seri 2-2 dengan Dynamo Kiev dari Ukraine dalam satu lagi aksi awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN