fbpx

Lelaki ditemui dalam keadaan cedera parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan tompokan darah di lokasi seorang lelaki ditemui cedera parah di hadapan sebuah rumah di Taman Tasik Semenyih.

KAJANG – Seorang lelaki ditemui dengan kesan kecederaan parah pada kepala di hadapan sebuah rumah di Taman Tasik Semenyih awal pagi tadi.

Mangsa berusia 30 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran pada pukul 6.10 pagi sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, hasil pemeriksaan di lokasi polis menemui seorang lelaki dalam keadaan kritikal susulan mengalami kecederaan pada belakang kepala.

“Mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan tidak dapat memberikan keterangan berhubung kejadian.

“Berdasarkan keadaan di tempat kejadian mangsa dipercayai terbabas bersama motosikalnya, namun siasatan sama ada wujud elemen jenayah juga dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Farah Dayana di talian 019 657 5226 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat berhubung kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI