fbpx

Kempunan hasil ragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berjaya diberkas oleh pihak polis.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki tidak sempat menggunakan wang hasil aktiviti ragutnya apabila berjaya ditangkap orang awam selepas melarikan dompet milik seorang peniaga sayur dalam kejadian di kaki lima berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek seorang lelaki berumur 43 tahun ditahan dua orang awam yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.

“Mangsa lelaki berusia 71 tahun sebelum kejadian berada di tepi jalan sebelum dihampiri suspek yang tidak dikenali dan memberitahu mangsa tentang tempat menjual ikan yang lebih segar.

“Mangsa yang terpedaya dengan suspek kemudiannya mengikuti suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, sebaik tiba di tempat yang diberitahu, mangsa mendapati tiada ikan yang dimaksudkan suspek.

“Mangsa yang berasa bimbang terus beredar tetapi suspek mengekorinya dari belakang sebelum meragut dompet yang disimpan dalam poket belakang seluar mangsa.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang sedang menjalankan rondaan tiba di lokasi sebaik menerima maklumat orang awam yang berjaya menahan suspek,” ujarnya.

Mengulas lanjut tentang kejadian itu, Habibi berkata, mangsa bertindak mengejar suspek yang melarikan diri ke jeti pasar ikan sambil menjerit meminta tolong selepas menyedari perbuatan suspek terbabit.

“Suspek dipercayai membuang dompet milik mangsa ke dalam laut selepas mengambil wang sebanyak RM500 di dalam dompet mangsa ketika melarikan diri.

“Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan menangkap semula suspek,” katanya.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI