fbpx

Kami akur keputusan MKN – Kurniawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KURNIAWAN tidak dapat mengemudi Sabah beraksi dalam Piala Malaysia selepas permohonan mereka tidak diluluskan MKN. - MFL

KETUA jurulatih Sabah, Kurnia­wan Dwi Yulianto menerima ke­putusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan hati terbuka selepas permohonan laluan khas mereka tidak diluluskan untuk menghadapi perlawanan Liga Su­per menentang UiTM FC di Mela­ka esok.

Kurniawan menganggap nasib tidak menyebelahi mereka walaupun semua pemain sudah bersedia dan tidak sabar untuk ke Stadium Hang Jebat bagi aksi terakhir Liga Super serta mempersiapkan diri bagi mengharu­ngi saingan Piala Malaysia awal bulan depan.

“Meskipun sedikit sedih, ke­pu­tusan yang dibuat oleh MKN ini bagi mengutamakan kesela­matan semua pihak susulan pe­nularan wabak pandemik Co­vid-19 yang masih berada dalam ke­adaan membimbangkan khususnya di Sabah.

“Tentulah keputusan ini me­ngejutkan kami tetapi saya bersama pemain memahami hal ini kerana perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MKN dan pihak kerajaan. Sebagai warganegara yang prihatin, kami te­rima keputusan ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Kurniawan mengakui, barisan pemainnya sudah bersedia untuk kembali ke kancah bola sepak selepas lebih dua minggu tidak menjalani latihan ekoran arahan Perintah Ka­­walan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 13 Oktober le­pas.

“Kami telah menjalani ujian calitan pada Isnin lalu dan sepatutnya berlepas ke Semenanjung Malaysia hari ini (semalam). MKN pastinya ada alasan tersendiri selepas mengeluarkan arahan tersebut.

“Keputu­san ini ti­dak melunturkan sema­ngat kami un­tuk memas­tikan pasukan te­rus bersedia mengharungi saingan Li­ga Malaysia musim depan,” kata pe­ngendali dari Indonesia itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI