PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 kekal empat sen pada paras RM1.64 seliter manakala harga petrol RON97 kekal RM1.94 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 6 November depan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel pula kekal pada paras RM1.74 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – K! ONLINE