fbpx

‘Greta’ Mexico finalis hadiah keamanan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

THE HAGUE, Belanda – Serang anak gadis Mexico digelar ‘Greta Thunberg of Madin’ dan seorang remaja lelaki Bangladesh yang mencipta aplikasi memerangi jenayah siber adalah antara tiga finalis anugerah kanak-kanak berprestij, Ha­diah Keamanan Kanak-kanak Antarabangsa KidsRights, kata pihak penganjur semalam.

Finalis ketiga hadiah keamanan tersebut tahun ini menampilkan aktivis muda Ireland yang menulis buku ikhtiar hidup untuk kanak-kanak perempuan yang menghidap autisme.

Hadiah Keamanan Kanak-kanak Antarabangsa Kids­Rights adalah antara anugerah global paling utama yang mengiktiraf karya kanak-kanak.

Ketiga-tiga finalis berkenaan mendapat pujian pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Paderi Besar Desmond Tutu yang juga penaung anugerah berpusat di Belanda itu.

Ivanna Ortega Serret, 12, mengumpulkan sumbangan hampir AS$1 juta (RM4.16 juta) dan 67,000 tandatangan untuk petisyen bagi membantu me­merangi pencemaran air dan membersihkan empangan Madin di barat laut Bandar Raya Mexico, kata KidsRights.

Empangan yang menjadi sumber air utama penduduk Bandar Raya Mexico dan kawasan sekitarnya itu dilitupi sejenis tumbuhan yang pantas membiak dalam air tercemar, kata akhbar tempatan.

Sebuah akhbar memberi jolokan Greta Thunberg of Madin kepada Ortega sempena nama aktivis remaja Sweden yang merupakan pemenang bersama hadiah itu tahun lalu.

Di Bangladesh, Sadat Rahman, 17, dan rakan-rakan­nya membina aplikasi untuk melindungi remaja daripada jenayah siber selepas seorang gadis berumur 15 tahun membunuh diri kerana menjadi mangsa buli online.

Aplikasi Cyber ​​Teens itu sudah digunakan oleh 1,800 anak muda dan membawa kepada penangkapan sekurang-kurangnya lapan penjenayah siber setakat ini, kata KidsRights yang merupakan sebuah yayasan hak kanak-kanak.

Sadat juga telah bercakap dengan kira-kira 45,000 remaja Bangladesh mengenai keselamatan online.

Finalis ketiga iaitu Siena Castellon, 18, dari Ireland pula membuat laman web untuk membantu murid-murid autisme.

Pemenang akan diumumkan pada 13 November ini dalam majlis yang akan berlangsung secara online dari ibu pejabat KidsRights di Belanda. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI